Webinar Kidsventure Berniaga & Berjaya
15 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mac 2026, seorang peserta telah menyertai Webinar Kidsventure Berniaga & Berjaya. Webinar ini memberi pendedahan tentang asas keusahawanan termasuk cara mengenal peluang perniagaan, membina idea kreatif serta menarik minat pelanggan.
Peserta juga didedahkan dengan kepentingan keyakinan diri, komunikasi yang baik serta penggunaan platform digital dalam mempromosikan produk. Melalui sesi ini, peserta lebih memahami langkah asas untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan dengan lebih berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: