SLS Mahir Jahit - Jahit Seluar Palazzo
4 September 2026 | Aktiviti TerkiniPada 4 September 2026, seorang peserta telah menyertai Kelas SLS Mahir Jahit yang bertajuk Jahit Seluar Palazzo. Kelas ini telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada peserta mengenai asas jahitan dan cara menghasilkan seluar palazzo yang selesa, bergaya serta sesuai dipakai dalam pelbagai situasi. Perkongsian merangkumi pengenalan kepada jenis kain yang sesuai, pengambilan ukuran badan, penyediaan pola dan langkah-langkah menjahit seluar palazzo dengan kemas.
Melalui Kelas SLS ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang jahitan serta mempelajari teknik menghasilkan pakaian sendiri. Program ini diharapkan dapat menggalakkan peserta meneroka kreativiti dalam fesyen dan memanfaatkan kemahiran jahitan untuk kegunaan peribadi atau sebagai peluang menjana pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: